Home Politik Fahmi tidak jelaskan punca penamatan perkhidmatan KP JKOM
Politik

Fahmi tidak jelaskan punca penamatan perkhidmatan KP JKOM

FAHMI FADZIL

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut punca penamatan kontrak Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Dr Mohd. Khairuddin Othman.

Beliau bagaimanapun, hanya menjelaskan penamatan Mohd Khairuddin itu adalah perkara biasa dan dibuat mengikut proses sedia ada.

“Tidak,” jawabnya ringkas apabila ditanya punca penamatan kontrak Dr Mohd Khairuddin dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Fahmi berkata, dalam isu jawatan kontrak, pelantikan dan penamatan ada prosesnya dan itu (penamatan) adalah perkara biasa.

Selain itu, beliau menjelaskan, jawatan itu kini dipangku oleh seseorang, namun tidak menjelaskan lanjut mengenai perkara itu.

Media semalam melaporkan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu sebagai Ketua Pengarah Jabatan JKOM sudah ditamatkan semalam.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac lalu bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum itu disandang Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Akta khusus tangani unsur keganasan dari luar negara – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika gimik peluncuran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani...

Politik

Pantau agensi guna dana pengurusan lebih tinggi daripada disalur kepada orang miskin – PM

ANWAR Ibrahim bergambar kenangan selepas meluncurkan Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di...

Politik

Kecewa dengan DAP punca bukan Melayu tidak keluar mengundi?

Undang-undang wajib mengundi akan menyaksikan lebih ramai keluar mengundi dalam pilihan raya.PETALING...

Politik

‘Bersatu tidak boleh lari dari kronisme’

Dr. Muhammad Faiz Na’amanPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh...