Wednesday , 13 November 2024
Home Politik Enam Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu kekal jawatan
Politik

Enam Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu kekal jawatan

Bersatu cantas

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PN

KUALA TERENGGANU: Enam Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu  mengekalkan jawatan mereka dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pemilihan Parti negeri (JPPN) Terengganu berkata, ketua bahagian tersebut iaitu Dungun, Marang, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu mencatatkan kemenangan tanpa bertanding.

Sementara itu, menurutnya, jawatan Ketua Bahagian Kemaman dan Besut pula menampil muka baharu yang diisi oleh timbalan setelah memperoleh kemenangan jawatan baharu itu juga tanpa bertanding.

Katanya, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris mengekalkan jawatannya di bahagian Marang.

“Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut bertanding jawatan Naib Presiden Bersatu dalam pemilihan peringkat Pusat kali ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, ketua-ketua bahagian lain yang menang tanpa bertanding ialah Ketua Bahagian Bersatu, Datuk Abdul Aziz Ismail di bahagian Dungun,  ADUN Seberang Takir, Khazan Che Mat (Kuala Nerus,) ADUN Permaisuri, Mohd. Yusop Majid (Setiu) dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) serta Badrolhisham Mohamed @ Shafie (Kuala Terengganu).

Sementara itu, katanya, jawatan ketua bahagian di Besut dan Kemaman pula menampilkan muka baharu setelah dimenangi  bekas timbalan di kedua-dua bahagian tersebut

“Di Besut bekas Timbalan Ketua Bersatu Bahagian, Datuk Wan Mohd. Ariff Rashiddin Wan Jusoh menang tanpa bertanding jawatan itu selepas penyandangnya yang juga ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin memberi laluan kepadanya kerana mahu memberi fokus untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

“Di Kemaman pula, bekas Timbalan Ketuanya, Mohd Zawawi Ahmad turut diumumkan menang tanpa bertanding susulan tiada pencabar bagi menggantikan kekosongan jawatan Ketua, Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok yang meninggal dunia Disember tahun lalu,” ujarnya.

Seramai 150 calon menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan termasuk timbalan dan ahli jawatankuasa pada sesi pemilihan di lapan bahagian di negeri Terengganu kali ini. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...