Friday , 20 September 2024
Home Politik DUN Nenggiri perlu bantuan kerajaan pusat, bawa projek untuk rakyat- Ahmad Maslan
Politik

DUN Nenggiri perlu bantuan kerajaan pusat, bawa projek untuk rakyat- Ahmad Maslan

DUN Nenggiri perlu bantuan kerajaan pusat, bawa projek untuk rakyat- Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita pada sidang media Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) 2024 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (lima, kanan) menyampaikan piala, sijil dan wang tunai kepada peserta dari kumpulan Endokarpa Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bagan Datuk, Perak yang dipilih sebagai Johan kategori teknikal pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) 2024 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) hari ini.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

ALOR GAJAH, 23 Julai (Livevartha) — Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan khususnya daripada aspek kewangan, untuk membangunkan lebih banyak prasarana dan projek mega buat rakyat di kawasan itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata di bawah pentadbiran kerajaan pusat khususnya UMNO sebelum ini, pelbagai pembangunan dilaksanakan di Nenggiri dan terbaharu ialah Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR), yang melalui pinggir jalan utama Gua Musang dan Kuala Krai.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata CSR berkenaan merupakan hadiah kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan dan segala pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk mereka.

“Gua Musang ini ialah kawasan luar bandar… ia amat memerlukan kekuatan kewangan kerajaan pusat untuk membangunkannya dan kerajaan negeri tidak mampu membangunkannya.

“Mereka tidak ada duit untuk membuat pembangunan yang besar-besar di Gua Musang… yang ada hanya kerajaan pusat dan saya harap pengundi menyedari tentang perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) 2024, di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Simpang Ampat di sini hari ini.

Pada 19 Jun, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari pengundian.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...