Friday , 20 September 2024
Home Politik DUN Mahkota: Hormati Semangat Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi
Politik

DUN Mahkota: Hormati Semangat Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi

DUN Mahkota: Hormati Semangat Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media pada Majlis Perasmian Simposium Perancangan Dan Pembangunan Desa Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Dewan Damar Sari Parcel F hari ini.

PUTRAJAYA, 8 Ogos (Livevartha) — Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan harus menghormati semangat perpaduan dan tidak membuat tuntutan ke atas mana-mana kerusi sebelum ia diputuskan kepimpinan pusat, kataTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang jugaPresiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata semangat itu perlu diterjemahkan dalam menghadapi mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Saya fikir kita mesti menterjemahkan semangat Kerajaan Perpaduan, bukan tuntut itu dan ini. Sila hormat…kalau kerusi itu kepunyaan sesebuahparti, jadi formulanya kerusi itu akan diberikan kepada parti berkenaanlah,”katanya kepada media selepas merasmikan National Symposium of Rural Planning and Development 2024, di sini hari ini.

Baru-baru iniKetua Parti Amanah Kluang Dr Mohd Zuhan Mohd Zain dilaporkan berkata parti itu sedia untuk bertanding dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sekiranya diberi peluang,dan sudah menyenaraikan calon bersesuaian untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan negeri dan pusat.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata kenyataan yangdibuat oleh Ketua Amanah Kluang itutidak mencerminkan kepimpinan di pusat, kerana di peringkat pusat masih belum ada perbincangan mengenai perkara berkenaan setakatini.

Kerusi DUN Mahkota kosong selepas penyandangnyaDatuk Sharifah Azizah Syed Zain, meninggal dunia Jumaat lepas, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas PRK bagi kerusi DUN Mahkota Selasa depan (13 Ogos) untuk menetapkan tarikh penting bagi PRK DUN berkenaan.

Pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BNmenang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti 5,166 undi.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...