Sunday , 22 December 2024
Home Politik DAP mahu dilihat inklusif kepada semua kaum
Politik

DAP mahu dilihat inklusif kepada semua kaum

DAP kaum

ANTHONY LOKE SIEW FOOK

SHAH ALAM: DAP mahu terus dilihat sebagai sebuah parti inklusif kepada semua kaum dan agama dengan memastikan calon yang akan memasuki jawatankuasa khususnya di peringkat negeri ini terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau mengakui majoriti DAP terdiri daripada masyarakat Cina, namun hal itu tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada parti untuk memupuk dan membentuk kepelbagaian bermula di peringkat kepemimpinan.

“DAP adalah sebuah parti yang boleh merangkumi kepelbagaian dan saya secara terbuka ingin menyeru kepada para perwakilan supaya dalam pemilihan konvensyen pada hari ini, pastikan kepelbagaian dan inklusiviti itu dibuktikan dan diterjemahkan dalam keputusan pemilihan hari ini.

“Apa yang saya harapkan adalah, pertama dalam barisan ahli jawatankuasa yang akan dipilih nanti, tak kira siapa daripada 50 calon mesti ada CIMB, ada Cina, India, Melayu dan sudah tentu mesti ada Singh dalam jawatankuasa,” katanya ketika berucap dalam perasmian Konvensyen Biasa DAP Selangor 2024, hari ini.

Jelasnya, kepelbagaian di Selangor dapat dibuktikan menerusi wakil rakyat yang mewakili empat kawasan parlimen iaitu Puchong (Yeo Bee Yin), Bangi (Syahredzan Johan), Damansara (Gobind Singh Deo) dan Klang (V. Ganabatirau).

Justeru, beliau yang juga Menteri Pengangkutan mahu keempat-empat wakil rakyat itu wajib berada dalam jawatankuasa negeri, manakala selebihnya pula terpulang kepada perwakilan untuk menentukan.

“Tetapi, bukan bermaksud saya kurang menyokong yang lain-lain terutamanya ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan exco, soal negeri saya beri perwakilan untuk membuat pilihan masing-masing sudah tentu ada pilihan masing-masing.

“Tetapi, apa yang saya hendak tekankan adalah kepentingan kepelbagaian, pelbagai kaum itu mesti diterjemahkan dalam barisan kepimpinan kita,” tegasnya.

Dalam pada itu, Anthony Loke memberitahu, pihaknya tiada masalah untuk meneruskan kerjasama Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) apabila gabungan itu membuktikan komitmen yang baik dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurutnya, isu yang berlaku antara individu seperti pertembungan antara Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh adalah peribadi yang tidak sepatutnya menjejaskan pucuk pimpinan dan kerajaan.

“Yang penting bagi kita adalah pertimbangan sama ada kerjasama itu boleh membawa kepada kebaikan untuk negara.

“Kalau ia dapat membuktikan bahawa kerajaan ditadbir dan berfungsi dengan baik, model itu boleh membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada negara dan rakyat, maka sudah tentu kita harap dapat diteruskan kerjasama,” ujarnya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...