Friday , 20 September 2024
Home Politik Dakwaan Kepimpinan PKR Gugur Kabinet, Taktik Lapuk Pembangkang – Rafizi
Politik

Dakwaan Kepimpinan PKR Gugur Kabinet, Taktik Lapuk Pembangkang – Rafizi

Dakwaan Kepimpinan PKR Gugur Kabinet, Taktik Lapuk Pembangkang – Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (kiri) bercakap pada forum \”Ask Minister Anything\” sempena Program MADANI Rakyat Zon Selatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 17 Ogos (Livevartha) — Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata pihak pembangkang mula memainkan isu picisan, memandangkan pihak berkenaan tidak boleh membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara seperti ekonomi dan pentadbiran.

“Itu penipuan… saya rasa ini taktik lapuklah bila polemik politik itu, lawan kami tidak boleh berhadapan dengan soal-soal yang penting untuk negara, soal ekonomi, soal pentadbiran jadi dia mula ambil isu-isu picisan…benda itu memang angin pun tak ada, ribut pun tak ada.

“Saya boleh sebut sepanjang 25 tahun saya dalam PKR ini adalah masa yang paling stabil dan paling aman sekali, sebab itu tiada yang datang dari PKR mengenai apa-apa masalah, cuma sekali sekala akan ada musuh politik itu sebab dia (pembangkang) tak ada isu, dia tak boleh nak serang dia timbulkan (isu),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 di sini hari ini, ketika diminta mengulas dakwaa terdapat kemungkinan kepimpinan tertinggi PKR akan digugurkan daripada Kabinet.

Sementara itu, dalam sesi ‘Ask Minister Anything bersama Menteri Ekonomi’sempena Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024, Rafizi berkata Kementerian Ekonomi akan mempertimbang cadangan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) secara khusus bagi penglibatan Orang Kurang Upaya (OKU).

Rafizi berkata kesesuaian pelaksanaannya akan dibincangkan di peringkat kementerian selepas mendapat maklum balas daripada orang awam.

Inisiatif di bawah Kementerian Ekonomi, IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...