Sunday , 10 November 2024
Home Politik Cukup Main Politik, Sekarang Masa Bekerja Untuk Rakyat – Awie
Politik

Cukup Main Politik, Sekarang Masa Bekerja Untuk Rakyat – Awie

Cukup Main Politik, Sekarang Masa Bekerja Untuk Rakyat – Awie

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang memenangi PRK DUN Nenggiri, hari ini memulakan tugasnya dengan menyantuni pengundi di warung Jalan Seri Permai , Sungai Asap hari ini.

GUA MUSANG, 18 Ogos (Livevartha) — Kemenangan yang diraih bukan untuk bersuka ria, tetapi ia satu amanah dan tanggungjawab yang diwakilkan untukmasa depan yang lebih baik bagi penduduk di Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang berjaya merampas kembali kerusi DUN itu pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, semalam berkata antara isu yang akan diberi fokus utamanya sebagai wakil penduduk, termasuk isu tanah dan rumah generasi kedua peneroka di DUN itu.

Turun menyantuni penduduk di Sungai Asap, di sini, awal pagi hari ini pada hari pertamanya, beliau berkata proses pemilikan geran untuk peneroka terlibat memerlukan bantuan Kerajaan Negeri, dan beliau akan berbincang dengan mereka agar diberi kelonggaran untuk membantu.

“Untuk Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sudah ada (geran) di Sungai Asap B dengan lebih kurang 100 buah rumah,manakala untuk Felda, terdapat beberapa yang telah dimaklumkan oleh pihak Felda dan wakil generasi kedua Felda Perasu.

“Bagi yang lain, rumahmesra rakyat memerlukan geran tanah sebagai dokumen penting dan kebanyakan mereka golongan muda mahupun berusia, tidak mempunyai geran. Proses pemilikan geran ini memerlukan bantuan Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita.

Mohd Azmawi Fikri yang bertanding untuk Barisan Nasional(BN) mewakili Kerajaan Perpaduan menangdengan majoriti besar 3,352 undi selepasmemperoleh 9,091undiuntuk menewaskan pencabarnya Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS,mewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739undi.

Mengenai kemenangannya, beliauyang mesra disapa Awie berpendapat antara faktor yang memainkan peranan adalah kepercayaan pengundi muda dan pengundi luar serta kempen fizikal, dan media sosial yang berkesan.

“Mungkin dari segi cara kempen, kita terus ‘menyentuh'’hati pengundi. Saya sendiri tidak menabur janji dan kita terus menyantuni pengundi secara fizikal mahupun medsos (media sosial),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi komitmen untuk terus bekerja keras dan memberi perkhidmatan terbaik kepadarakyat di DUN Nenggiri tanpa mengira kaum atau warna politik.

“Cukuplah 14 hari tempoh berkempen, kita masing-masing ‘berperang mulut’. Sekarang masa untuk bekerja…saya semestinya memberikan komitmen terbaik untuk rakyat Nenggiri,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

PH-UMNO akan terus bekerjasama dalam PRU akan datang

ANWAR Ibrahim (tengah) disambut dengan meriah ketika tiba di Pusat Konvensyen PICCA,...

Politik

Enam Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu kekal jawatan

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNKUALA TERENGGANU:...

Politik

Kastam nafi Ketua Pengarah salah guna peruntukan bercuti ke Bangkok

ANIS RIZANA MOHD. ZAINUDIPUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan dakwaan Ketua...

Politik

Ketua Bersatu Bahagian Tenggara, ahli jawatankuasa keluar parti

HASSAN Rasid (duduk, tiga dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Tenggara...