Monday , 23 December 2024
Home Politik Calon BN miliki tiga prinsip asas jana kemenangan – Johari
Politik

Calon BN miliki tiga prinsip asas jana kemenangan – Johari

JOHARI Abdul Ghani (tengah) bertemu jentera BN ketika melawat PDM Bandar Tengah dan Haji Manan, Kluang.

KLUANG: Tiga faktor yang mampu menjadi prinsip asas kemenangan seseorang calon dimiliki oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tiga faktor selalu ditekankan adalah mesti mempunyai parti yang dikenali rakyat dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan jika ada kesilapan dilakukan, mesti sentiasa ada keinginan untuk membaikinya. 

Yang kedua, katanya, mempunyai calon yang boleh diterima bukan sahaja dalam kalangan ahli parti, malah juga oleh masyarakat.

“Paling penting adalah perkara ketiga, iaitu memastikan mempunyai jentera yang mantap dan tidak berkelahi sesama sendiri serta tidak mensabotaj parti. 

‘Setakat ini, ketiga-tiga ciri ini dimiliki dalam BN-UMNO dan insya-Allah peluang kemenangan akan dapat direalisasikan,” katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tengah dan Haji Manan, malam tadi. 

Johari turut mengingatkan jentera yang berkempen agar tidak menyalahkan mana-mana parti komponen kerana sepanjang 67 tahun UMNO tetap menggunakan lambang BN dalam apa juga pilihan raya. 

Katanya, untuk menjadikan BN kuat ia bergantung dengan kekuatan dalam UMNO kerana parti ini diibaratkan sebagai ‘sauh’ yang mesti menunjukkan kekukuhan dan secara tidak langsung parti komponen lain juga kuat. 

“Kebiasaanya dalam PRK ini, pengundi yang tinggal jauh merasakan tidak perlu untuk balik mengundi kerana apa juga keputusan tidak akan mengubah apa-apa pentadbiran kerajaan. Perkara ini perlu dijelaskan kepada mereka kerana keputusan itu penting untuk kawasan yang dipertandingkan,” katanya. 

Dalam PRK DUN Mahkota, BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, yang ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...