Sunday , 15 December 2024
Home Politik BN Perak Hantar Wakil Orang Asli Bantu Kempen PRK Nenggiri – Saarani
Politik

BN Perak Hantar Wakil Orang Asli Bantu Kempen PRK Nenggiri – Saarani

BN Perak Hantar Wakil Orang Asli Bantu Kempen PRK Nenggiri – Saarani

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) bergambar bersama barisan atlet pada Majlis Penyerahan Bendera \’\’Belang Tarung Tiga Warna\’\’ Kontinjen SUKMA Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH, 4 Ogos (Livevartha) — Barisan Nasional (BN) Perak menghantar jentera parti termasuk Orang Asli bagi membantugerak kerja kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Pengerusinya Datuk Seri Saarani Mohamad berkata jentera kempen telah bertugas di Gua Musang selama seminggu, dengan memfokuskan usaha di pusat daerah mengundi (PDM) Sungai Asap serta dua PDM Orang Asli di Sungai Puian dan Pos Simpor.

“Kami menggerakkan tukang kempen dalam kalangan Orang Asli untuk berkempen dari rumah ke rumah, dan secara kebetulan, mereka ada keluarga di kawasan itu," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA Perak 2024 di sini hari ini.

Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada jentera parti peringkat negeri turut dihantar bagi membantu kempen PRK Nenggiri.

PRK DUN Nenggiri berlangsung 17 Ogos berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, apabila bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan Ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon Barisan Nasional Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil PN Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...