Home Politik Bersatu akan alami pemberontakan?
Politik

Bersatu akan alami pemberontakan?

MOHD. PUAD ZARKASHI

PETALING JAYA: Pemimpin UMNO menjangkakan akan berlaku pemberontakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti mana yang berlaku selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 2019.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekalahan teruk yang dihadapi Bersatu di PRK Mahkota semalam memungkinkan senario tersebut berulang.

“Kita tunggu jika Azmin (Ketua Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) akan melakukan langkah Sheraton 2.0. Kali ini DAP bukan lagi alasan, mesti ada ‘kambing hitam’ baru,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, malah menang dengan majoriti besar dalam PRK, semalam.

Setelah proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran di 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien yang menang di semua pusat pengundian mendapat 27,995 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,648 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,347 undi.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, kemenangan besar BN di Mahkota memantap dan mematangkan lagi kerjasama antara mereka dengan Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, persefahaman antara UMNO dan DAP adalah kunci utama kelangsungan Kerajaan Perpaduan.

“Mahkota adalah formula terbaik. Perbezaan pendapat seperti dalam isu halal tidak menjejaskan kemenangan, tidak ada boikot. DAP jelas komited berkempen.

“Lebih baik persafahaman BN-DAP berlangsung bukan kerana hipokrasi. Tidak salah berbeza pandangan tapi ‘kebijaksanaan’ menyelesaikannya. Sikap terbuka pemimpin generasi baru DAP dan kematangan pemimpin UMNO buka lanskap baru politik negara,” katanya.

Tambahnya, PRK Mahkota membimbing kerjasama BN dan PH ke arah yang lebih serius.

“Biarkan PN terjun dengan labu-labunya, tunggu sahaja musibah kekalahan teruk PN khususnya kepada Bersatu,” ujarnya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

RUU Mufti: Jangan timbulkan keraguan akibat tafsiran salah – Mohd. Na’im

MOHD. NA\’IM MOKHTARPUTRAJAYA: Dakwaan bahawa penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan...

Politik

GISBH: Ahli Parlimen boleh bahas sidang Dewan Rakyat minggu depan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan...

Politik

Lebih 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan- KDN

SAIFUDDIN NASUTION ISMAILPUTRAJAYA: Sebanyak 17,000 permohonan kewarganegaraan berjaya dibuat keputusan oleh Kementerian Dalam Negeri...

Politik

‘Jangan jadi orang Peja atau Hamzah’

FAIZAL AZUMUKUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk...