Monday , 23 December 2024
Home Politik Bantuan one-off Tapem tidak pilih parti, kaum dan agama
Politik

Bantuan one-off Tapem tidak pilih parti, kaum dan agama

RAIS Yasin menyampaikan bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan One-Off IPT Peringkat Parlimen Tangga Batu di Taman Paya Rumput Perdana, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

MELAKA: Tabung Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) tidak memilih parti, kaum dan agama dalam menyalurkan bantuan secara sekali bayar (one-off) kepada pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pelajar yang menetap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang juga tidak diketepikan.

Menurutnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri atau Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) Sungai Udang tidak membantu pelajar di situ adalah tidak benar.

“Jangan dengar perkara-perkara yang tidak betul sebab ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengambil kesempatan mengatakan kerajaan negeri atau Japerun Sungai Udang tidak membantu.

“Sebagai contoh bantuan one-off bagi Parlimen Tangga Batu seramai 21 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT dari DUN Sungai Udang turut menerima bantuan RM400 untuk diploma dan RM600 ijazah ke atas,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan One-Off IPT Peringkat Parlimen Tangga Batu di Taman Paya Rumput Perdana di sini, semalam.

Tambah Rais yang juga ADUN Paya Rumput, masih ramai pelajar belum memohon bantuan itu manakala tempoh permohonan adalah selama enam bulan bermula dari tarikh pada surat tawaran kemasukan masing-masing.

“Mereka masih boleh memohon bantuan itu sama ada datang ke mana-mana Japerun atau ke Pejabat Tapem di Kota Cemerlang atau melalui laman sesawang agensi itu,” jelasnya. -UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...