Wednesday , 25 December 2024
Home Politik Anwar ke Rusia hadiri Forum Ekonomi Timur Ke-9
Politik

Anwar ke Rusia hadiri Forum Ekonomi Timur Ke-9

Anwar ke Rusia hadiri Forum Ekonomi Timur Ke-9

ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan Lawatan Kerja dua hari ke Rusia bermula esok untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur Ke-9 (EEF) di Vladivostok.

Menurut Kementerian Luar, lawatan ini merupakan lawatan pertama Anwar ke negara itu sejak menyandang jawatan pada November 2022.

Katanya, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Sesi Plenari pada forum ekonomi tahunan itu yang diadakan sejak 2015 bagi menggalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi serta kerjasama antarabangsa di rantau berkenaan.

“Sesi Plenari EEF Ke-9 dengan tema “Combining Strength to Create New Potential”, akan dihadiri oleh dif-dif kehormat asing dan tempatan, penggubal dasar, ahli akademik dan peneraju industri.

“Perdana Menteri juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai platform kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai dan membincangkan hubungan dua hala.

“Ini termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan tinggi, Teknikal dan Vokasional Pendidikan dan Latihan (TVET), pertanian dan keterjaminan makanan serta pelancongan,” katanya.

Wisma Putra berkata, kedua-dua pemimpin akan meneroka kerjasama dalam bidang baharu seperti aeroangkasa dan teknologi lanjutan serta bertukar-tukar pandangan mengenai konflik Rusia-Ukraine dan situasi di Timur Tengah.

Anwar dan Putin dijangka membincangkan kerjasama dalam ruang lingkup hubungan Rakan Dialog ASEAN-Rusia.

“Perdana Menteri juga akan menyatakan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Putin, yang kini memegang jawatan Pengerusi BRICS bagi tahun ini.

“Malaysia dan Rusia komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang keselamatan makanan melalui promosi perdagangan dan pelaburan, pembinaan kapasiti, serta penyelidikan dan pembangunan,” katanya.

Pada 2023 Rusia adalah rakan dagangan ke-8 terbesar bagi Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah. Jumlah dagangan dua hala meningkat 15.6 peratus kepada RM14.22 bilion (AS$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (AS$2.79 bilion) yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...