Friday , 20 September 2024
Home Politik Amanah Kluang sedia bertanding di DUN Mahkota jika diberi peluang
Politik

Amanah Kluang sedia bertanding di DUN Mahkota jika diberi peluang

Amanah Kluang sedia bertanding di DUN Mahkota jika diberi peluang

Ketua Amanah Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain bercakap pada sidang media hari ini berhubung kekosongan kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) Mahkota berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Livevartha) — Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sekiranya diberi peluang dan sudah menyenaraikan calon bersesuaian untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan negeri dan pusat.

Ketua Amanah Kluang Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata sokongan sertakeyakinan penduduk di Kluang terhadapPakatan Harapan (PH)adalah sangat baik dan analisis di peringkat kawasan menunjukkan parti itu boleh menangselesa berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita nyatakan secara terbuka rela dan bersedia untuk bertanding, harap pucuk pimpinan negeridan pusat dapat mempertimbangkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerusi berkenaan pernah dimenangi Amanah dalam PRU14 pada 2018 dan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 meski tewas kepada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Amanah Kluang tetap akur dengan ketetapan Pakatan Harapan (PH) sekiranya calon selain Amanah yang akan dipilih.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata DAP Johor berpegang kepada amalan lazim PH bahawa penentuan serta pelantikan calon dan pembahagian kerusi ditentukan pucuk pimpinan parti komponen secara musyawarah tanpa perlu dibincangkan dalam media massa.

“Kami juga berpegang kepada prinsip ‘incumbency’ iaitu kerusi yang dimenangi pada PRU dan PRN sebelum ini akan ditandingi parti penyandang dalam PRK akan datang, sama seperti ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram sertaPRK yang lain.

“Biarlah kepimpinan membuat keputusan tanpa sebarang spekulasi serta tanpa mana-mana pihak membuat tuntutan terbuka di media massa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada PRU14, DUN Mahkota dimenangi PH dari Amanah selepas calonnya Muhamad Said Jonit mendapat undian 19,507 mengalahkanDatuk Md Jais Sarday (BN)dan Muhammad Hasbullah Md Najib (PAS).

Bagaimanapun,pada PRN 2022 Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon PH Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas PRK bagi kerusi DUN Mahkota pada 13 Ogos ini, untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN berkenaansetelah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai kekosongan kerusi luar jangka itu.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...