Friday , 20 September 2024
Home Politik Ahmad Zahid deklamasikan puisi khas kepada Najib
Politik

Ahmad Zahid deklamasikan puisi khas kepada Najib

Ahmad Zahid deklamasikan puisi khas kepada Najib

AHMAD Zahid Hamidi sebak ketika menyampaikan puisi yang ditujukan khas kepada Najib Razak pada ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendeklamasikan puisi buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Puisi yang bertajuk ‘Puisi Buat Sahabat’ itu disampaikan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 itu terkandung dengan mesej tersirat mengenai semangat setia kawan ketika susah senang bersama antara Timbalan Perdana Menteri itu dengan Najib.

Ahmad Zahid mengambil masa sekitar seminit untuk menyampaikan puisi tersebut, dilihat beliau turut sebak semasa menyampaikan ia.

Berikut adalah puisi yang dibaca oleh Ahmad Zahid:

 

Sahabatku,

Saat kita lewati liku perjuangan ini

Kau tebas denai dengan ketajaman fikiranmu

Kau atur gerak dengan tangkas langkahmu

Kau angkat darjat bangsa dengan kudratmu

 

Sahabatku,

Saat kita mula mengatur langkah

Kau ada dihadapanku menunjuk arah

Kau tabah mengimami jemaah

Kau kukuhkan ikatan ukhwah

 

Sahabatku,

Tatkala kau duduk di empuknya kerusi kuasa

Kau sentiasa bingkas berdiri

Membela nasib anak bangsa

Kau perah keringat menabur jasa

Ibarat lilin

Membakar diri menerangi gelita

 

Sahabatku,

Tiada yang lebih meruntun hati

Apabila mengenang pada saat dan ketika ini

Dirimu terkurung di sebalik jeriji besi

Bertemankan tembok dingin dan sepi

Mengundang resah dan rindu kami

Akan sosok tubuhmu yang sering menemani

 

Sahabatku,

Sebagai bukti sahabat sejati

Ku ikat diriku dengan ikrar dan janji

Ku susun langkah dengan bestari

Bagi memastikan engkau kembali

Kembali bersama ke pangkuan kami

Moga terbuka semua pintu hati

Moga usaha kami diredhai Illahi

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...