Friday , 20 September 2024
Home Politik Ahli UMNO Perlu Terus Curah Khidmat Bakti, Jangan Terbuai Kejayaan Lepas – Khaled
Politik

Ahli UMNO Perlu Terus Curah Khidmat Bakti, Jangan Terbuai Kejayaan Lepas – Khaled

Ahli UMNO Perlu Terus Curah Khidmat Bakti, Jangan Terbuai Kejayaan Lepas – Khaled

Kredit : Fb Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) — Semua ahli UMNO perlu terus mencurahkan khidmat bakti agar dapat memberikesejahteraan kepada rakyat, selain tidak bolehterus terbuai dan berasa selesa dengan kejayaan lepas kerana ia boleh mendatangkan kerugian kepada parti.

Naib PresidenUMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkataperjuangan UMNO yang bersifat kebangsaan, bukanlah hanya untuk mendapatkan kuasa tetapi bagimengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada parti.

“Tanpa itu, kita boleh bertanya pada diri kita apa lagi yang tinggal pada parti ini? apa lagi makna kehadiran UMNO di pentas politik orang Melayu? Oleh itu, setiap daripada kita perlu memainkan peranan di lingkungan masing-masing untuk menjayakannya,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkatasemua ahlijuga mesti menonjolkan keunggulan dan keunikan UMNO sebagai gerakan kebaikan, yang memperjuangkan masa depan orang Melayu.

“Pelbagai perkara telah diungguli UMNO, antara lain penubuhan Lembaga KemajuanTanah Persekutuan (Felda), Tabung Haji dan terkini inisiatif pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)bagi anak-anak orang Melayu.

“Semua ini perlu diuar-uarkan bagi mengangkat peranan UMNO yang berbezadengan parti-parti yang lain,” katanya.

Mohamed Khaled berkata keberadaan UMNO di dalam kerajaan MADANIjuga sebagai jajaran strategi politik dan UMNO masih kekal menjadi satu-satunya jurucakap orang Melayu yang memperjuangkan soal kepentingan dan nasib mereka.

“Dengan sedikit kuasa yang ada, selain dapat berkhidmat dengan baik, kita juga mempunyai kesempatan untuk memulih dan merawat semula parti ini,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...