Monday , 23 December 2024
Home Politik Ahli UMNO Perlu Manfaatkan Media Sosial – Azalina
Politik

Ahli UMNO Perlu Manfaatkan Media Sosial – Azalina

Ahli UMNO Perlu Manfaatkan Media Sosial – Azalina

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini terbukti dengan kejayaan UMNO sewaktuPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan baru-baru ini.

“Kalau kita tengok daripada pilihan raya negeri dulu dan pilihan raya kecil, media sosial memainkan peranan yang begitu positif. Bagi pihak Penerangan UMNO Malaysia, sebagai Ketua Penerangan, kita memang lebih agresif pada media sosial terutama sekali dari segi latihan di peringkat sayap.

“Kita juga melihat beberapa kejayaan daripada respons UMNO negeri-negeri dan UMNO bahagian-bahagian yang mempunyai pendekatan mereka sendiri…banyakkepimpinan hari ni dah boleh jadi pempengaruh,” katanyadalam sidang media selepas melawat pusat media Perhimpunan Agung UMNO 2024 diPusat Dagangan Dunia Kuala Lumpurdi sini hari ini.

Azalina berkata sebagai contoh,Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri turut menyaksikan ramai pimpinan UMNO termasuk setiausaha politik dan Ahli Majlis Tertinggi parti selain calon, mendapat perhatian ramai dengan berkempen menerusi media sosial.

Ini bermakna mesej yang disampaikan Penerangan UMNO mengenai kepentingan media sosial dalam amalan berpolitik mendapat respons positif dari segi kesedaran pimpinan dan ahli parti, tambah beliau.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...