Sunday , 24 November 2024
Home Politik ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian – Ahmad Maslan
Politik

ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian – Ahmad Maslan

ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian – Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kiri) sewaktu hadir pada lawatan kerja untuk meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri) menunjukkan pembinaan jalan baharu pada lawatan kerja untuk meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 hari ini.
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 5 Ogos (Livevartha) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis tahu mengenai implikasi surat perjanjian dan aku janji ditandatangani setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang antara lain menyatakan denda RM100 juta jika mengkhianati parti.

Justeru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dakwaan Muhammad Jailani semalam bahawa tuntutan denda daripada UMNO itu bertujuan menjadikannya muflis, adalah alasan semata-semata.

"Kita sediakan peguam sebelum mereka tandatangan (surat perjanjian), kita juga sediakan video untuk mereka faham sebelum tandatangan. Itu hanya alasan dia (Muhammad Jailani), alasan tidak kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian dalamsidang media semasa meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu sepanjang 750 meter dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musangdi sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Rayaturut meragui dakwaan Muhammad Jailani bahawa beliau menyertai PAS pada Jun tahun lepas,sebulan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan enakmen berkaitan antilompat parti.

Rabu lepas, mesyuarat MKT UMNO bersetuju memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap Muhammad Jailani yang diumum Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyertai parti itu sejak Jun tahun lepas.

Pada Sabtu, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Muhammad Jailani bagi menuntut bayaran denda RM100 juta berikutan tindakanmenyertai PAS.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...