Tuesday , 24 December 2024
Home Politik Abu Bakar sedia terus kemudi Bersatu Perlis, fokus tuntut tambah kerusi Bersatu di Perlis
Politik

Abu Bakar sedia terus kemudi Bersatu Perlis, fokus tuntut tambah kerusi Bersatu di Perlis

ABU Bakar Hamzah (tiga dari kiri) berucap pada Majlis Pengumuman Calon Layak Bertanding Pemilihan Bersatu yang diadakan di The Zuley Heritage Hotel, Kuala Perlis, Perlis, semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

KANGAR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah bersedia sekiranya dipilih sekali lagi memegang jawatan itu oleh pucuk pimpinan parti.

Menurut Abu Bakar, pihaknya juga akan fokus bagi menambah kerusi parti itu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Katanya, beliau mensasarkan untuk meminta tambahan kerusi di kawasan Padang Besar bagi membolehkan calon parti itu bertanding di sana pada PRU16 akan datang.

“Kita nak hadapi PRU16 dan kali ini saya nak tambah kerusi Bersatu di Perlis dari enam kepada tujuh kerusi. Buat masa ini, kita ada tiga kerusi di kawasan Kangar, dua kerusi di Arau dan satu Padang Besar, jadi tambahan kerusi baharu itu mungkin di Padang Besar di mana ada calon baharu akan diketengahkan,” katanya di sini, semalam.

Pada pemilihan kali ini, Abu Bakar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis kekal mempertahankan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kangar apabila beliau diumumkan tidak dicabar oleh mana-mana calon lain.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, perkara berkaitan tambahan kerusi itu juga masih belum dibincangkan dengan Pas negeri yang merupakan rakan komponen Perikatan Nasional (PN).

“Tapi pada dasarnya, kita nak tujuh ke lapan kerusi di Perlis barulah seimbang, namun apa-apa pun keputusan itu terletak pada pucuk pimpinan parti,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, buat masa ini, keahlian Bersatu di Perlis adalah sekitar 8,000 orang dan pihaknya mensasarkan pertambahan baharu sehingga 12,000 ahli menjelang PRU16 nanti.

Katanya, dengan kombinasi jawatankuasa baharu yang bakal dipilih kelak, pihaknya akan memastikan kekuatan Bersatu di Perlis dapat dimantapkan bagi mengekalkan sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Oleh sebab itu saya minta jentera di semua bahagian negeri ini dapat bekerja keras bagi menarik ahli-ahli baru untuk bersama Bersatu,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...