Friday , 20 September 2024
Home Politik 12 individu bertukar tempat, dilantik baharu jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam
Politik

12 individu bertukar tempat, dilantik baharu jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam

12 individu bertukar tempat, dilantik baharu jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam

KENAIKAN gaji penjawat awam dijangka memberi manfaat besar kepada PKS, merangsang perbelanjaan domestik, yang seterusnya akan membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi PKS dalam pelbagai sektor.

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan beberapa perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam melibatkan 12 individu.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perubahan penempatan dan pelantikan baharu ini dilaksanakan seiring dengan hasrat untuk melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.

12 individu itu ialah melibatkan pelantikan baharu Muhammad Razman Abu Samah untuk jawatan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri bagi menggantikan tempat Shamsul Azri sebelum ini.

Jawatan Ketua Setiausaha (KSU) yang bertukar tempat ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi ditukarkan ke Kementerian Pendidikan; Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dari Kementerian Sumber Manusia ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Datuk Azman Mohd Yusoff ke Kementerian Sumber Manusia dari Kementerian Perpaduan Negara.

Selain itu ialah Datuk Lokman Hakim Ali (KSU Kementerian Pertahanan); Datuk Seri Isham Ishak (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad (Kementerian Perpaduan).

Pertukaran KSU itu turut melibatkan Datuk Seri Suriani Ahmad (Kementerian Kesihatan) Datuk Awang Alik Jeman (Kementerian Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azman Ibrahim (Kementerian Kerja Raya).

Turut berlaku perubahan ialah pelantikan Datuk Abd Shukor Mahmood sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Shamsul Azri berkata, langkah reformasi itu menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga adalah manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip #taatsetia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada Raja dan negara dalam merealisasikan aspirasi kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...