Home Nasional ZTE Global mahu melabur dalam sektor digital
Nasional

ZTE Global mahu melabur dalam sektor digital

ZTE Global mahu melabur dalam sektor digital

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 9 Disember– ZTE Global berhasrat mewarnai landskap digital di Malaysia bagi meningkatkan infrastruktur kesalinghubungan luar bandar.

Kerjasama itu sekali gus merapatkan jurang digital miskin bandar dalam memacu pembangunan inklusif ketersediaan rangkaian di Malaysia dan menjadikan negara sebagai hab digital kecerdasan buatan (AI).

Menerusi hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook, beliau menerima kunjungan hormat delegasi syarikat tersebut yang diketuai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Xu Ziyang, petang tadi.

\”Perbincangan menyentuh beberapa perkara terkait kepentingan 5G dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang berupaya memangkin negara sebagai hab inovasi, bandar pintar dan teknologi generasi akan datang,\” kata kenyataan itu.

ZTE Global telah beroperasi di lebih daripada 160 negara sebagai peneraju global dalam bidang telekomunikasi dan penyelesaian teknologi.

Syarikat itu bertapak di Malaysia sejak tahun 2004 dengan kepakaran dalam memacu inovasi 5G yang dilengkapi keupayaan kecerdasan buatan (AI).

Ini bagi menyokong inisiatif yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi di negara ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....