Friday , 20 September 2024
Home Nasional Zoo Johor akan dibuka kepada orang ramai 31 Ogos ini
Nasional

Zoo Johor akan dibuka kepada orang ramai 31 Ogos ini

Zoo Johor akan dibuka kepada orang ramai 31 Ogos ini

Antara haiwan yang terdapat di Zoo Johor

JOHOR BAHRU, 16 Ogos– Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan, mengurniakan haiwan belaan Istana Johor, seperti Harimau Belang, Tapir dan Beruang Matahari kepada Zoo Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perasmian pembukaan zoo itu, akan disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, pada 28 Ogos ini.

Proses naik taraf di zoo itu telah siap dan akan dibuka kepada orang ramai pada 31 Ogos ini.

Selain itu, Zoo Johor terus mengekalkan kadar tiket paling rendah dalam negara, iaitu RM10 bagi dewasa, RM5 bagi kanak-kanak serta warga emas dan RM30 bagi pelancong asing. Manakala, orang kurang upaya (OKU) tempatan, masuk adalah percuma.

\”Saya sukacita juga hendak maklumkan bahawa pada bulan pertama, kita membuka zoo ini, pada 31 Ogos, sebulan akan diberikan diskaun 50 peratus untuk rakyat tempatan, dewasa dan percuma untuk kanak-kanak\”, katanya semasa Program Walkabout Sempena Pembukaan Semula Zoo Johor di Johor Bahru, bersama-sama barisan exco negeri dan pihak berkaitan.

Waktu operasi terkini Zoo Johor, bermula pada 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan waktu terakhir pembelian tiket, pukul 5.00 petang.

Zoo tersebut berkeluasan 4.73 hektar, merupakan zoo tertua dalam negara serta mempunyai 275 ekor haiwan dan 53 spesis.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...