Home Nasional Zon Ekonomi Khas tarik lebih banyak pelaburan – Anwar
Nasional

Zon Ekonomi Khas tarik lebih banyak pelaburan – Anwar

Zon Ekonomi Khas tarik lebih banyak pelaburan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bergambar bersama Menteri Luar Negeri Thailand, Maris Sangiampongsa (kiri) / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Malaysia mencadangkan kepada Thailand agar melibatkan sektor swasta dan syarikat pemula dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam zon tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu diutarakan kepada Menteri Luar Negeri Thailand, Maris Sangiampongsa semasa kunjungan hormat yang diadakan pada Selasa.

\”Penglibatan mereka (swasta dan syarikat pemula) boleh menarik lebih banyak pelaburan ke dalam SEZ. Malah saya juga mencadangkan agar Kelantan mengambil peluang membina ruang perniagaan di sepanjang Sungai Golok,\” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Pada pertemuan itu, mereka turut membincangkan hasil lawatan kerja beliau bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisn ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Kelatan pada Sabtu lepas.

Semasa lawatan kerja itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan tentang sektor getah dan industri makanan.

Anwar menerusi hantaran sama memakluman beliau dan Maris juga berbincang mengenai pengorekan muara Sungai Golok untuk menangani isu banjir bagi membantu komuniti di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Selain itu, Anwar turut menyatakan komitmen Malaysia terhadap Proses Dialog Keamanan Selatan Thailand.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....