Home Nasional Zaliha nafi tidak ke lokasi kejadian tanah jerlus
Nasional

Zaliha nafi tidak ke lokasi kejadian tanah jerlus

Zaliha nafi tidak ke lokasi kejadian tanah jerlus

Dr Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 27 Ogos- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan tidak turun padang ke lokasi wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Zaliha ketika kejadian beliau berada di Kuching, Sarawak dan pada Sabtu lepas beliau melawat ke lokasi kejadian sejurus pulang ke Kuala Lumpur.

\”Saya juga berhubung secara langsung dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif) untuk mendapatkan input terkini dan juga Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy untuk memaklumkan perkembangan berkaitan,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus inisiatif Belanjawan 2025 bersama pihak berkepentingan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini.

Bagaimanapun menurut Zaliha dakwaan itu tidak seharusnya timbul selain mengingatkan sebarang isu yang dibangkitkan perlu bersekali dengan fakta.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter itu di Jalan Masjid India memasuki hari kelima hari ini.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...