Home Nasional YAYSH taja 56 anak yatim dan asnaf, berkhatan
Nasional

YAYSH taja 56 anak yatim dan asnaf, berkhatan

YAYSH taja 56 anak yatim dan asnaf, berkhatan

Foto RTM

ALOR SETAR, 21 Januari – Cuti persekolahan selama sebulan bermula sejak beberapa hari lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak masing.

Bagi mereka yang kurang bernasib termasuk anak yatim pastinya turut tidak dilupakan.

Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) mengambil inisiatif untuk menaja 56 anak-anak yatim dan asnaf berkhatan secara percuma.

Che Puan Besar Kedah Tuanku Hajah Haminah Hamidun bertitah, kesemua anak-anak yatim dan asnaf berusia seawal tiga tahun hingga 13 tahun itu dipilih dari enam daerah di Kedah.

Ia melibatkan sembilan peserta dari Daerah Kota Setar, 12 dari Kubang Pasu, 10 dari Pokok Sena, tujuh Daerah Yan, 10 Pendang dan bakinya dari Daerah Padang Terap.

Titahnya, acara tahunan itu bertujuan meringankan beban ahli keluarga dan waris yang menjaga anak-anak yatim dan asnaf terlibat.

\”Alhamdulillah ini rezeki anak-anak yatim untuk tahun ini. Mereka seronok, teruja, biasala budak-budak mereka tak biasa dapat sebelum ini..saya seronok rasa,\” titah Tuanku Hajah Haminah kepada RTM selepas Majlis Pengurniaan Berkhatan dan Sumbangan Persekolahan Tahun 2025 di Wisma Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, di sini.

Selain berkhatan secara percuma, kesemua anak-anak yatim dan asnaf berkenaan turut menerima sumbangan wang tunai, barangan kelengkapan sekolah dan hamper.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....