Home Nasional YAPEIM salur RM2.34 juta kepada pelajar asnaf, B40 masuk universiti
Nasional

YAPEIM salur RM2.34 juta kepada pelajar asnaf, B40 masuk universiti

YAPEIM salur RM2.34 juta kepada pelajar asnaf, B40 masuk universiti

Datuk Dr. Mohd Na’im  Mokhtar

GOMBAK, 27 Oktober- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan bantuan berjumlah RM2.34 juta kepada 2,340 pelajar kemasukan baharu daripada keluarga asnaf dan B40 menerusi program Bantuan Didik Madani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, agensi agama sentiasa prihatin membela nasib masyarakat memerlukan menerusi pengagihan wang zakat termasuklah menoktahkan kemiskinan tegar melalui pendidikan.

\”Pihak kerajaan termasuk agensi-agensi yang ada bawah saya termasuklah YAPEIM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yangg dibantu dengan dana yang disumbangkan melalui zakat oleh pembayar-pembayar.

\”Zakat, kita akan berikan bantuan kepada para mahasiswa yang memerlukan, yang ada kekangan daripada sudut kewangan. Bantuan ini akan diberikan dan disalurkan sebab kerajaan tidak mahu anak-anak ini tercicir disebabkan oleh kekangan kewangan,\” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Didik MADANI YAPEIM kepada 20 Universiti Awam di Selangor.

Setiap pelajar menerima sumbangan RM1,000 seorang bagi membantu meringankan beban mereka membayar yuran pengajian.

Sejak tahun 1985 hingga Jun 2024, YAPEIM telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM703 juta kepada 10 juta penerima manfaat itu di seluruh negara .

Ia membabitkan tiga teras penubuhan YAPEIM iaitu (Pembangunan Ekonomi Islam, Pendidikan dan Pembangunan Sosial) merangkumi program-program seperti YAPEIM Didik, YAPEIM Prihatin dan YAPEIM Niaga.

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...