Home Nasional YaPEIM bantu anak mangsa kemalangan, sumbang RM6,900
Nasional

YaPEIM bantu anak mangsa kemalangan, sumbang RM6,900

YaPEIM bantu anak mangsa kemalangan, sumbang RM6,900

Foto FB Menteri

BANGI, 2 Januari– Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan bantuan sebanyak RM6,900 kepada dua anak mangsa yang terselamat daripada kemalangan maut antara sebuah bas ekspres, lori foton dan treler di Melaka, baru-baru ini.

Sumbangan Sinar Kasih itu merupakan bantuan RM200 sebulan setiap seorang selama setahun,RM2,000 bantuan bencana dan satu set FoodbankYAPEIM bernilai RM100.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar, selain bantuan itu, pihaknya juga akan mempertimbang bantuan daripada aspek pemulihan mental dan psikologi, akibat daripada trauma yang dialami mereka.

\”Untuk memastikan kedua-dua anak ini dapat dijaga dengan baik dan mungkin kita nak lihat juga daripada sudut mental. Ini termasuk trauma akibat daripada kemalangan yang berlaku ini.

Mereka ada dalam kereta, tapi mereka terselamat. Jadi, saya ingat perkara itu akan kita berikan perhatian supaya anak ini pulih,\” kata Dr. Na\’im kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu, di sini, hari ini.

Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, tujuh tahun dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, empat tahun telah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk beberapa hari bagi menjalani rawatan.

Kini, kedua-kedua kanak-kanak berkenaan tinggal bersama datuknya iaitu Datuk Marzupi Abdul Rahman, berusia 65 tahun.

Pada23 Disember lalu, Khairul Ikhwan Mazupi, Allahyarham bapa kanak-kanak berkenaan yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres, lori foton dan treler.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut bersama empat penumpanglain iaitu isteri dan anak bongsunya berusia dua tahun serta ibu dan bapa mentuanya.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...