Home Nasional Yang di-Pertuan Agong sempurnakan Istiadat perbarisan pentauliahan Diraja
Nasional

Yang di-Pertuan Agong sempurnakan Istiadat perbarisan pentauliahan Diraja

Yang di-Pertuan Agong sempurnakan Istiadat perbarisan pentauliahan Diraja

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2024 /Foto RTM

KUALA LUMPUR,17 Ogos-Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2024, di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Ketibaan baginda pada pukul 9.00 pagi diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Seramai 664 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini terdiri daripada mereka yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Akademi Latihan Ketenteraan, Akademi Tentera Darat, Kapal Diraja Sultan Idris Pertama dan Kolej Tentera Udara-Sekolah Latihan Pegawai.

Jumlah itu membabitkan, 457 Pegawai Tentera Darat Malaysia, 101 Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, 106 Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sultan Ibrahim turut berkenan memeriksa perbarisan dengan menaiki kenderaan pemeriksa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....