Home Nasional YADIM dan MAINJ bekerjasama bantu asnaf di Johor
Nasional

YADIM dan MAINJ bekerjasama bantu asnaf di Johor

YADIM dan MAINJ bekerjasama bantu asnaf di Johor

Program Sumbangan Bakul Makanan oleh YADIM dan MAINJ di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 27 Julai- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berganding bahu bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), untuk meringankan beban golongan asnaf di Johor.

Pengarah YADIM Johor, Muhammad Amar Abdullah berkata, bantuan dijalankan pada hari ini, melibatkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai, kepada 20 asnaf di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru.

Beliau berkata bantuan tersebut dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka, yang perlu menghadapi kos sara hidup pada ketika ini.

\”Kita telah sampaikan sebanyak 18 penerima di surau dan dua penerima yang kita ziarah adalah orang yang kurang upaya, dari segi penglihatan dan pegerakannya,\”katanya.

Mohammad Ammar ditemui pemberita dalam Program Sumbangan Bakul Makanan di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....