Home Nasional WTD: Melaka siap sedia terima pelancong dari lebih 155 negara
Nasional

WTD: Melaka siap sedia terima pelancong dari lebih 155 negara

WTD: Melaka siap sedia terima pelancong dari lebih 155 negara

Foto BERNAMA

BANDA HILIR, 1 Januari- Kerajaan Melaka bersiap sedia untuk menerima lebih kehadiran pelancong dari 155 negara bersempena dengan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) pada September 2025.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pelbagai program menarik sedang disusun atur oleh kerajaan negeri.

Ab Rauf yakin Melaka mampu menjadi tuan rumah terbaik untuk penganjuran acara berkenaan.

\”Harapan saya adalah kita akan meneruskan promosi sempena WTD ini. Usaha ini pasti dapat meningkatkan dan memberi nilai tambah kepada apa yang telah kita capai pada tahun ini.

\”Dalam masa terdekat, kita akan mengumumkan rancangan-rancangan menarik yang berpotensi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong,\” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 dan pelancaran WTD di sini.

Pada sambutan ambang itu, lebih 50,000 pelancong dalam dan luar negara memeriahkan Jalan Merdeka, Banda Hilir dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta artis terkenal tanah air.

Turut diadakan cabutan bertuah sempena dengan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....