Home Nasional Wisma Putra keluar nasihat kepada rakyat Malaysia di Bangladesh
Nasional

Wisma Putra keluar nasihat kepada rakyat Malaysia di Bangladesh

Wisma Putra keluar nasihat kepada rakyat Malaysia di Bangladesh

KENYATAAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA, 18 Julai- Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia menggesa rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh untuk mengelak daripada berada di kawasan berlaku protes melibatkan golongan pelajar di negara itu.

Wisma Putra turut meminta rakyat agar kekal berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan serta arahan pihak berkuasa tempatan.

\”Walaupun menghadapi cabaran termasuk gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas, Suruhanjaya Tinggi secara aktif berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di negara tersebut.

\”Menyusul permulaan protes, pelajar-pelajar Malaysia di Dhaka telah diarahkan untuk berkumpul di Suruhanjaya Tinggi bagi keselamatan mereka dan untuk menerima arahan lanjut.

\”Pelajar-pelajar ini adalah dari institusi pendidikan tempatan di Dhaka yang terjejas oleh protes tersebut.

\”Pegawai Suruhanjaya Tinggi telah berinteraksi awal dengan pelajar-pelajar ini untuk menilai keperluan mereka dan memberikan bantuan segera,\” katanya dalam kenyataan malam ini.

Buat masa ini, Suruhanjaya Tinggi sedang mengkaji penyelesaian termasuk membantu mengaturkan perjalanan pulang pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dan tempat perlindungan semasa.

Kementerian Luar Negeri kekal komited untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terjamin. Justeru, sebarang perkembangan terkini berkenaan situasi tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai pertanyaan lanjut dinasihat untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...