Home Nasional Waspada taktik penipuan guna teknologi AI- Fahmi
Nasional

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI- Fahmi

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI- Fahmi

Fahmi pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

PUTRAJAYA, 15 Julai- Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata penggunaan AI sememangnya membantu pembangunan negara, namun ada pihak yang menyalahgunakan teknologi berkenaan.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam posting di Instagram beberapa hari lepas terima panggilan, dan tunjukkan (satu) panggilan WhatsApp video seolah-olah dia yang bercakap, rupa-rupanya ‘deepfake’ yang dibuat secara live.

“AI boleh diguna untuk kebaikan dan kejahatan. Kita perlu waspada maklumat diterima dan pastikan sebarang video diterima adalah benar (tulen) atau dihasilkan melalui aplikasi AI,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Sehubungan itu Fahmi meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menguar-uarkan mengenai bahaya taktik penipuan menggunakan deepfake AI ketika ini.

Semalam penyanyi nombor satu negara itu dilaporkan mendedahkan taktik terkini digunakan ‘scammer’ yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

Beliau turut menyarankan semua kementerian memanfaatkan penggunaan AI dalam tugasan dan meminta Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) menyelaras kursus teknologi berkenaan.

“AI mampu bantu bukan hanya untuk hasilkan content tetapi beberapa aspek lain seperti tugasan dalam aspek coding, programming, teliti data, dan ada beberapa perkara lain boleh dimanfaatkan AI,” katanya.

Fahmi juga akan bertemu dengan semua pengendali media sosial di Singapura pada bulan ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai bahaya AI di platform mereka.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....