Home Nasional Waspada taktik pancingan data
Nasional

Waspada taktik pancingan data

Waspada taktik pancingan data

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 3 September – Bank Rakyat baru-baru ini menjelaskan insiden kemungkinan ketirisan data yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan.

Bank tersebut dalam satu kenyataan berkata, berikutan langkah proaktif yang dilaksanakan insiden kemungkinan ketirisan data telah berjaya dikawal.

Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya.

Di samping itu, bank itu turut menasihatkan pelanggan agar sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan kaedah penipuan berpotensi lain .

\”Sebagai tindak balas terhadap ketirisan tersebut, Bank Rakyat telah melaporkan insiden kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

\”Bank memberi jaminan kepada pelanggan,rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya,\” menurut bank itu dalam satu kenyataan sambil menambah integriti dan keselamatan data pelanggan kekal sebagai keutamaan utama bank.

Sekiranya ada pelanggan mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan, mereka perlu segera menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat di 1300 800 800 atau 03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...