Home Nasional Waspada mesej derma untuk rakyat Palestin – Anwar
Nasional

Waspada mesej derma untuk rakyat Palestin – Anwar

Waspada mesej derma untuk rakyat Palestin – Anwar

Foto RTM

PUTRAJAYA, 28 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan mesej di media sosial kononnya mengutip derma untuk rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Malaysia.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri melontarkan peringatan itu semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini di sini.

\”Kerajaan tidak mengutip derma bagi tujuan membantu, membiaya dan menyediakan makanan bagi warga Palestin yang menerima rawatan di Malaysia pada waktu ini.

\”Sekiranya orang awam menerima mesej seperti ini, kita mohon supaya membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),\” katanya dalam sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini.

Pada 16 Ogos lepas, dua pesawat Airbus A400M TUDM membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 ahli keluarga mereka selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor kira-kira pukul 2.00 petang setelah berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Al Maza di Kaherah, Mesir pada petang 15 Ogos lalu.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...