Friday , 21 February 2025
Home Nasional Waris pelajar lemas terima sumbangan Takaful Malaysia
Nasional

Waris pelajar lemas terima sumbangan Takaful Malaysia

Waris pelajar lemas terima sumbangan Takaful Malaysia

Foto RTM

PENDANG, 18 Februari- Waris kepada allahyarham Nur Haidhar Nasrul, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, SMKA Sik yang ditemukan lemas di Sungai Padang Terap, Titi Chegar di sini pada 10 Februari lalu menerima sumbangan Takaful Malaysia berjumlah RM5,500

Penyerahan cek disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman kepada bapa allahyarham, Nasrul Noorul’in di rumah keluarga berkenaan di Kampung Paya Kerchut, Pendang.

Dalam kejadian lewat petang 9 Februari lalu, Nur Haidhar ditemukan lemas selepas motorsikal yang ditunggang seorang rakannya terbabas sebelum terjatuh ke dalam Sungai Padang Terap.

Bagaimanapun rakannya sempat berenang menyelamatkan diri, manakala mangsa tenggelam ke dalam sungai.

Motorsikal yang dinaikinya dijumpai pada hari yang sama.

Manakala jenazah Nur Haidhar ditemui pada keesokan harinya iaitu kira-kira 10 meter dari jarak mangsa dilaporkan terjatuh.

Tragedi tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menziarahi keluarga berkenaan pada 11 Februari lalu.

Related Articles

Kediaman dijilat api, ragut nyawa seorang warga emas serta dua cucu
Nasional

Kediaman dijilat api, ragut nyawa seorang warga emas serta dua cucu

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan memadamkan kebakaran di Lazenda Villa Dua,...

Muhammad Ammar Mukhlis dan Nurul Husna, johan Tilawah Al-Quran negeri Kedah
Nasional

Muhammad Ammar Mukhlis dan Nurul Husna, johan Tilawah Al-Quran negeri Kedah

Pemberian piala pusingan kepada Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin (foto kiri) dan...

Lebih 100 diaspora Malaysia di Bahrain teruja kehadiran Anwar
Nasional

Lebih 100 diaspora Malaysia di Bahrain teruja kehadiran Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama diaspora Malaysia dalam...

Penerbangan terus Bahrain ke Malaysia, kembang sektor pelancongan negara
Nasional

Penerbangan terus Bahrain ke Malaysia, kembang sektor pelancongan negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim MANAMA, 20 Februari- Kerajaan berhasrat untuk mengembangkan sektor...