Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Waris mangsa tragedi MH370 harap usaha pencarian baharu berjaya
Nasional

Waris mangsa tragedi MH370 harap usaha pencarian baharu berjaya

Waris mangsa tragedi MH370 harap usaha pencarian baharu berjaya

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 berharap usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi akan menemukan bangkai pesawat itu yang hilang sejak 10 tahun lepas.

Wakil waris mangsa tragedi MH370, Grace Subathirai Nathan, 37, berkata beliau dan ahli keluarga penumpang dan kru pesawat itu yang lain berterima kasih atas keputusan Kabinet meluluskan usaha pencarian baharu syarikat berkenaan, meskipun percubaan awal pada 2018 tidak berhasil.

\”Kami bersyukur atas peluang memulakan kembali pencarian selepas pencarian terakhir ditamatkan pada 2018, kami telah lama menunggu untuk pencarian baharu. Sebagai waris, kami sangat berharap pencarian ini akan menjadi yang terakhir, kami sangat berharap MH370 akan dijumpai kali ini.

\”Terima kasih kerana mempertimbangkan cadangan (daripada Ocean Infinity) dan terima kasih kerana tidak berputus asa dengan MH370 dan meneruskan pencarian,\” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu media melaporkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kabinet pada mesyuarat 13 Disember lepas, secara prinsip bersetuju menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian bangkai pesawat MH370.

Beliau berkata operasi pencarian dasar laut tersebut akan tertumpu di satu lokasi baharu dianggarkan berkeluasan 15,000 km persegi di selatan Lautan Hindi yang disarankan syarikat tersebut berdasarkan maklumat terkini dan analisis data oleh pakar dan penyelidik.

Seorang lagi waris mangsa MH370, Subramaniam Gurusamy, 70, menzahirkan harapan pencarian Ocean Infinity akan menemukan bangkai pesawat berkenaan sekali gus mengakhiri penantian serta memberi ketenangan kepada beliau dan isterinya, susulan tragedi yang memberi kesan mendalam kepada keluarga mereka.

“Anak saya yang menaiki MH370 10 tahun lepas iaitu S. Puspanathan ialah satu-satunya anak lelaki kami. Jika MH370 dapat ditemui, ia akan memberi jawapan kepada tragedi yang banyak mengubah keluarga kami.

“Kami sangat berharap ia ditemui dalam pencarian kali ini dan saya rasa semua waris lain akan fikir perkara yang sama,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Pada Januari 2018, Malaysia menandatangani perjanjian dengan syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat berkepakaran dalam mengumpul data dasar laut beresolusi tinggi, Ocean Infinity, untuk memulakan pencarian baharu MH370 di selatan Lautan Hindi.

Pada 29 Mei, 2018, syarikat itu mengesahkan menamatkan pencariannya selepas mengumpul data meliputi lebih 112,000 km persegi dasar laut.– BERNAMA

BERITA BERKAITAN:

  • Pencarian pesawat MH370 diteruskan di lokasi baharu – Anthony
  • Kerajaan Malaysia tidak abaikan pencarian MH37

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...