Friday , 20 September 2024
Home Nasional Warga UM santuni Orang Asli Semai
Nasional

Warga UM santuni Orang Asli Semai

Warga UM santuni Orang Asli Semai

Kira-kira 42 sukarelawan terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat Orang Asli Semai di Raub/Foto UM

RAUB, 7 Ogos-Kira-kira 42 orang sukarelawan dari pelbagai bidang kepakaran kesihatan terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat melibatkan penduduk Orang Asli Semai di sini.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan inisiatif dan kerjasama di antara Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM),Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bersama-sama Perlis Plantation Berhad (PPB) Group dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Sukarelawan, Dr. Ng Aik Hao berkata Program tersebut bertujuan untuk aktiviti promosi dan saringan kesihatan untuk penduduk-penduduk di perkampungan Orang Asli Semai di sini, khasnya Kampung Rensong dan Kampung Satak.

\”Saya gembira melihat kesungguhan para sukarelawan mendekati penduduk kampung ini. Walaupun mungkin sudah berpengalaman melakukan aktiviti bersama penduduk luar bandar, namun ini adalah kali pertama untuk sebahagian besar daripada mereka, berpeluang untuk berinteraksi dengan penduduk kampung orang asli,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program termasuklah saringan perubatan asas, konsultasi perubatan, rawatan asas, pemberian ubat cacing, pemeriksaan gigi dan rawatan asas pergigian.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan buat wanita turut dijalankan seperti saringan kanser payu dara, pangkal rahim,pemberian vaksin HPV, serta serta ceramah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan pencegahan kanser.

Menurut Ai Hao, seramai 500 orang kampung dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Satak turut menyertai aktiviti yang telah dirancang penganjur.

Tambahnya, program Khidmat masyarakat yang diadakan di sini bukan sahaja bemanfaat kepada penduduk orang asli terbabit tetapi memberi pengalaman berharga kepada para sukarelawan terlibat dalam usaha pihak UM untuk mendekati masyarakat dan memberi sumbangan bermakna kepada komuniti yang terpinggir dan memerlukan.

\”Saya pasti pengalaman ini akan menjadikan mereka sebagai petugas kesihatan yang lebih empati dan prihatin satu hari nanti\”,tambahnya.

Dalam pada itu, salah seorang sukarelawan, Prof. Dr. Norliza Ibrahim menyatakan kekagumannya terhadap sambutan penduduk Orang Asli Semai terhadap program berkenaan.

“Selalunya sambutan agak dingin untuk pemeriksaan gigi kerana sering dimomokkan dengan pemeriksaan gigi yang menyakitkan, namun dengan pendedahan maklumat yang betul, mereka beratur beramai-ramai untuk mendapatkan pemeriksaan gigi,” katanya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...