Home Nasional Warga emas maut disengat tebuan
Nasional

Warga emas maut disengat tebuan

Warga emas maut disengat tebuan

FOTO FAIL

SUNGAI PETANI, 4 November – Seorang wanita warga emas maut dipercayai disengat tebuan dalam kejadian di rumahnya di Taman Semarak, Sungai Pasir dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata mangsa Rohani Mohd Shariff, 61, ditemui anak lelakinya sedang menahan kesakitan ketika pulang ke rumah pukul 8 malam semalam.

\”Mangsa memberitahu anaknya bahawa dia disengat tebuan dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

\”Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,\” katanya dalam kenyataan.

Wan Azharuddin berkata siasatan mendapati kematian warga emas itu tidak mempunyai unsur jenayah.

Menurutnya semakan mendapati mangsa tidak mempunyai rekod kesihatan sebelum ini dan pemeriksaan pada badan mangsa menemui satu kesan sengatan sahaja.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....