Home Nasional Warga emas maut dilanggar di LKSA
Nasional

Warga emas maut dilanggar di LKSA

Warga emas maut dilanggar di LKSA

Foto RTM

SHAH ALAM, 18 November- Seorang warga emas berusia 65 tahun maut dalam nahas di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim, berkata nahas melibatkan dua kereta dan sebuah bas.

\”Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas yang dipandu di lorong paling kiri gagal mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta yang berhenti di lorong tersebut akibat tayar pancit.

\”Bas berkenaan melanggar kenderaan terbabit, mengakibatkan seorang lelaki yang berada di belakang keretanya untuk mengambil tayar ganti dari bonet dilanggar.

\”Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,\” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....