Home Nasional Warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh ke sungai
Nasional

Warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh ke sungai

Warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh ke sungai

Foto hiasan

MUKAH, 4 September – Lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke sungai dalam insiden perlanggaran dua perahu panjang di Batang Oya, Dalat pada Isnin lepas ditemukan lemas tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah DalatDSP Saga Chunggatberkata mayat Dos Katiek, 81,ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

“Pengecaman mayat Dos oleh keluarganya akan dilakukan apabila mayat sampai di Hospital Mukah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, Dos dilaporkan terjatuh ke dalam sungai setelah perahu panjang yang dikendalikannya berlanggar dengan sebuah perahu panjang lain yang dikemudi seorang guru di lokasi antara Kampung Sua dan Kampung Klid di kawasan itu. – Bernama

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...