Home Nasional Wanita warga emas maut dalam kebakaran
Nasional

Wanita warga emas maut dalam kebakaran

Wanita warga emas maut dalam kebakaran

Foto: JBPM Kelantan

TUMPAT, 12 Julai- Warga emas ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bukit, Wakaf Bharu pada 7.30 malam tadi.

Mangsa, Halimah Awang, 85, yang tinggal berseorangan ditemukan anggota bomba di dalam bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur di beberapa bahagian tubuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata sepasukan 19 pegawai serta anggota termasuk dari BBP Tunjong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 8.04 malam.

\”Sebaik tiba di tempat kejadian, kebakaran didapati sudah 70 peratus memusnahkan sebuah rumah jenis sementara kekal.

\”Apabila api berjaya dikawal pada 8.37 malam, kami menemukan mangsa berada di bilik air dalam keadaan tertiarap,\” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata kes itu diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....