Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Wanita perlu berani ambil risiko, yakin potensi diri- Ahmad Zahid
Nasional

Wanita perlu berani ambil risiko, yakin potensi diri- Ahmad Zahid

Wanita perlu berani ambil risiko, yakin potensi diri- Ahmad Zahid

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Golongan wanita perlu lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri, dan terus berusaha tanpa takut akan kegagalan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam dunia era digital yang semakin pesat, bidang keusahawanan menuntut inovasi, daya saing yang tinggi, dan kecekapan dalam mengoptimumkan teknologi terkini bagi memastikan perniagaan kekal relevan dan berkembang.

\”Saya ingin melihat lebih ramai usahawan wanita tampil ke hadapan. Ingatlah, setiap langkah kecil adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

\”Kini adalah masanya untuk kita melangkah dengan lebih yakin dan membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi peneraju kejayaan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Voices Of Her 2025 dan Malam Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan Anugerah Ibu Zain, yang mengiktiraf wanita yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, kesihatan, perundangan, sukan, dan kesukarelawanan.

Antara penerima anugerah tersebut adalah legenda skuasy wanita negara, Datuk Nicol Ann David, yang menerima Anugerah Voices of H.E.R atas pencapaiannya dalam sukan dan pengaruhnya di peringkat global.

Penerima lain termasuk pelakon, Noor Neelofa Mohd Noor yang menerima Anugerah Wanita Inspirasi, dan atlet terjun kebangsaan, Datuk Pandelela Rinong, yang menerima Anugerah Wanita Kesukanan.

Related Articles

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal
Nasional

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 21 Februari- TikTok LIVE Malaysia bersedia membawa semangat...

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan
Nasional

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan

Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (tiga dari kanan) bersama Timbalan...

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI
Nasional

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI

Pelancaran Program Penternakan Lembut Fidlot di Kampung Titi Tinggi Hulu TITI TINGGI,...

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir
Nasional

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir

Datuk Seri Amirudin ShariSHAH ALAM, 21 Februari- Selangor berhasrat menambah penempatan pelajar...