Home Nasional Wanita patah kaki kiri dihempap konkrit runtuhan lantai
Nasional

Wanita patah kaki kiri dihempap konkrit runtuhan lantai

Wanita patah kaki kiri dihempap konkrit runtuhan lantai

Bangunan kedai tingkat satu runtuh malam tadi/Foto Polis

KOTA KINABALU, 8 Mac – Seorang wanita cedera patah kaki kiri selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Lorong Segama, Jalan Labuk, di sini runtuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, wanita warga China berumur 55 tahun itu cedera dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 7.56 malam

\”Pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Hospital Queen Elizabeth tiba di lokasi pada pukul 8.29 malam untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa,\” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya lagi, sebagai langkah keselamatan, tingkat dua dan tiga bangunan yang didiami 55 penghuni terbabit telah dikosongkan.

Tambahnya, sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu bagi menempatkan mereka yang terjejas.

\”Seramai enam anggota polis ditempatkan di lokasi bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan orang awam.

\”Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,\” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berada di kawasan kejadian sehingga siasatan selesai dan kawasan tersebut diisytiharkan selamat.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...