Home Nasional Wanita maut selepas kediaman dirempuh lori treler
Nasional

Wanita maut selepas kediaman dirempuh lori treler

Wanita maut selepas kediaman dirempuh lori treler

Foto RTM

PEKAN, 3 Ogos-Seorang wanita maut akibat ditimbus runtuhan kediamannya selepas dirempuh sebuah lori treler di Kampung hilir, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian terbabit, tiga mangsa mengalami kecederaan, manakala tiga lagi dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, kejadian dipercayai berlaku setelah lori treler membawa muatan barang pelbagai terbabas, sebelum melanggar kediaman mangsa.

Jelasnya, pihak bomba menerima laporan kejadian pada pukul 4:46 pagi.

Susulan itu, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan sambil dibantu lima anggotaBBP Peramu bersama tiga jentera dikerah ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi,pihaknya mendapati, seorang wanita tertimbus dibawah runtuhan rumah, sebelum operasi pencarian dan menyelamt digerakkan.

Mangsa kemudian ditemukan tertimbus di bawah lori di bahagian hadapan dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

Mangsa yang disahkan telah meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala, tiga mangsa yang cedera, termasuk pemandu lori dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....