Wednesday , 20 November 2024
Home Nasional Wanita ikon digalak tingkat kesedaran wanita sertai pasaran tenaga buruh
Nasional

Wanita ikon digalak tingkat kesedaran wanita sertai pasaran tenaga buruh

Wanita ikon digalak tingkat kesedaran wanita sertai pasaran tenaga buruh

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

PUTRAJAYA, 26 Ogos – Semua pihaknya khususnya wanita-wanita ikon digalakkan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan wanita agar dapat menyertai pasaran tenaga buruh.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pada 2024 kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh ialah 56.5 peratus berbanding 53.7 peratus pada 2014.

Peningkatan itu hanya 2.8 peratus dalam tempoh 10 tahun.

\”Bawah Belanjawan 2024, Kerangka Ekonomi MADANI telah menetapkan penanda aras agar kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh negara ditingkatkan kepada 60 peratus menjelang tahun 2025. Selaras dengan sasaran tersebut, Belanjawan 2024 telah menyediakan beberapa inisiatif.

\”Antaranya galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027; dan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000, \” kata Dr Noraini.

Beliau berucap pada Majlis Sidang Media Pengumuman Pemenang Wanita Ikon Negeri dan Wanita Ikon Muda Negeri 2024/25, di sini.

Dr Noraini juga menyarankan supaya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya wanita ikon membantu menyediakan tenaga kerja wanita berkemahiran dan berpengetahuan selari dengan kehendak pasaran buruh.

\”Transformasi tenaga kerja banyak melibatkan program pembelajaran dan latihan, termasuklah meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan menambah kemahiran (re-skilling),\” katanya.

Sementara itu, seramai 11 Wanita Ikon Negeri dan enam Wanita Ikon Muda Negeri telah dinobatkan sebagai Wanita Ikon di negeri masing-masing dalam Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Dr Noraini berkata, penganugerahan tersebut bagi mengiktiraf kecemerlangan para wanita dalam bidang diceburi.

Jelasnya, ia turut melahirkan wanita Ikon yang berperanan sebagai agen perubahan dalam pemerkasaan wanita di peringkat akar umbi sekali gus mendorong kemajuan negara.

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...