Home Nasional Wanita ditemukan lemas dalam tasik di Slim River
Nasional

Wanita ditemukan lemas dalam tasik di Slim River

Wanita ditemukan lemas dalam tasik di Slim River

FOTO HIASAN

IPOH, 25 September – Seorang wanita ditemukan lemas di Taman Tasik YDP Slim River dekat Tanjong Malim, petang tadi selepas dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 6.00 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, bersama Pasukan Bomba Sukarela Slim Village, tiba di lokasi kejadian.

\”Orang awam menjumpai selipar mangsa, 54 tahun, di tepi tasik. Mangsa ditemukan pada pukul 6.44 petang oleh anggota bomba melalui teknik carian di permukaan di kawasan berkenaan,\” katanya.

Sabarodzi berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.05 malam.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...