Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Wanita disaran pelajari teknologi aset digital dan rantaian blok
Nasional

Wanita disaran pelajari teknologi aset digital dan rantaian blok

Wanita disaran pelajari teknologi aset digital dan rantaian blok

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 September – Golongan wanita tempatan disaran mengamalkan sikap ambil tahu dan mempelajari ilmu berkaitan aset digital serta teknologi, termasuk rantaian blok (blockchain) dan mata wang kripto.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata penglibatan wanita dalam bidang itu penting untuk membantu kerajaan dan industri menangani risiko serta cabaran terkini berkaitan mata wang kripto.

\”Jika kita ingin melangkah ke hadapan dalam dunia yang tahan uji dan selamat, kita perlu bersatu untuk mencipta kerangka keselamatan yang teratur tetapi maju untuk era maklumat,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Sidang Kemuncak Wanita UNODC Dalam Mata Wang Kripto, di sini.

Tambah Dr. Noraini, walaupun teknologi memberi kemudahan secara universal, ia tetap mendedahkan pengguna kepada pelbagai risiko.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...