Saturday , 8 February 2025
Home Nasional Wan Azizah selesai menjalani prosedur kesihatan
Nasional

Wan Azizah selesai menjalani prosedur kesihatan

Wan Azizah selesai menjalani prosedur kesihatan

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selamat menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

Pengarah hospital tersebut, Dr Farique Rizal Abdul Hamid menerusi kenyataan berkata Wan Azizah berada dalam keadaan baik, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

Pihaknya berterima kasih atas ruang privasi yang diberikan kepada isteri Perdana Menteri itu untuk menerima rawatan dengan sempurna.

Pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa dan ingatan buat kesembuhan segera Wan Azizah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan Wan Azizah.

\”Doakan kesihatan isteri saya diberi keafiatan sesegera mungkin. Insya-Allah,\” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...