Home Nasional Wakil Meta hadir ke PMO beri penjelasan turunkan hantaran Datuk Seri Anwar
Nasional

Wakil Meta hadir ke PMO beri penjelasan turunkan hantaran Datuk Seri Anwar

Wakil Meta hadir ke PMO beri penjelasan turunkan hantaran Datuk Seri Anwar

FOTO PMO

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini memanggil wakil Meta Platforms Inc (Meta) bagi memberikan penjelasan berhubung tindakan menurunkan hantaran di platform Facebook dan Instagram milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 14 Mei dan 30 Julai lepas.

PMO menerusi kenyataan memberitahu, pertemuan itu termasuk kandungan berkaitan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh.

PMO melihat tindakan Meta itu merupakan satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan.

Malah, ia juga adalah penghinaan terhadap perjuangan sah rakyat Palestin menuntut keadilan dan hak asasi manusia.

PMO turut menegaskan tindakan menurunkan hantaran tersebut telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin serta menentang kezaliman rejim Zionis Israel seperti terpahat dalam lipatan sejarah.

Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran juga jelas menimbulkan persoalan tentang ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta.

Dalam perkembangan berkaitan, PMO turut kesal dengan insiden sekatan siaran langsung menerusi Facebook melibatkan akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin malam semalam.

Justeru, PMO telah menuntut beberapa perkara, termasuk penjelasan terperinci berhubung tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Meta, serta permohonan maaf secara terbuka daripada Meta.

Seperti yang telah dijanjikan di dalam pertemuan itu, satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh pihak Meta dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....