Home Nasional Visi peralihan tenaga negara berdasarkan pelaksanaan NETR – TPM Fadillah
Nasional

Visi peralihan tenaga negara berdasarkan pelaksanaan NETR – TPM Fadillah

Visi peralihan tenaga negara berdasarkan pelaksanaan NETR – TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Visi jangka masa panjang peralihan tenaga negara untuk sektor bekalan elektrik, adalah berdasarkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia menyasarkan peningkatan campuran kapasiti terpasang penjanaan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik kepada 31 peratus pada tahun 2025.

Manakala 40 peratus pada tahun 2035 dan 70 peratus menjelang tahun 2050.

\”Peningkatan sasaran TBB ini akan disokong menerusi pelaksanaan program TBB seperti Solar Berskala Besar (LSS), Tarif Galakan (FiT), Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), Penggunaan Diri Sendiri (SELCO), Susunan Penghantaran Baharu Dipertingkatkan (NEDA) dan Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP).

\”Pada masa yang sama, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga sedang memuktamadkan kerangka pelaksanaan akses grid terbuka bagi membenarkan capaian bekalan elektrik hijau melalui pihak ketiga yang diperolehi,\” katanya pada sesi persidangan Dewan Negara, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan SenatorSusan Chemerai Anding yang ingin tahu mengenai visi jangka panjang bagi peralihan tenaga Malaysia dan bagaimanakah visi ini dianggap selaras dengan matlamat iklim global seperti Perjanjian Iklim Paris.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, bagi kecekapan tenaga pula, Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) telah diluluskan pada 25 Jun lalu.

Ini bagi mengawal selia penggunaan tenaga serta memberi penekanan dari aspek pengurusan permintaan tenaga elektrik dan termal.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....