Home Nasional Video tular kursus lawatan ke sebuah rumah ibadat bukan Islam, JAIPK diarah beri penjelasan
Nasional

Video tular kursus lawatan ke sebuah rumah ibadat bukan Islam, JAIPK diarah beri penjelasan

Video tular kursus lawatan ke sebuah rumah ibadat bukan Islam, JAIPK diarah beri penjelasan

Tangkap layar video tular kursus lawatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) ke sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini

IPOH, 2 Ogos – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) telah diarah untuk memberikan penjelasan bagi membetulkan kekeliruan berikutan penyebaran sebuah klip video kursus lawatan ke sebuah rumah ibadat bukan Islam anjuran jabatan itu baru-baru ini.

Pejabat Menteri Besar Perak menerusi satu kenyataan memaklumkan, ketetapan itu diambil hasil mesyuarat khas yang diadakan Jabatan Mufti serta Majlis dan Adat Melayu Perak (MAIPK) bersama JAIPK, hari ini.

\”Hasil mesyuarat itu juga telah menerima titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

\”JAIPK turut diarah untuk mengkaji semula modul kursus berkenaan bagi mengelakkan fitnah dan salah faham sehingga menjejaskan nama baik dan kredibiliti jabatan tersebut,\” menurut kenyataan itu.

Kenyataan turut memaklumkan, kerajaan negeri juga mahu semua pihak terutama ketua-ketua jabatan mengambil iktibar daripada isu tersebut supaya lebih berhati-hati memastikan tiada kenyataan dalam sosial media yang dibuat tanpa pemantauan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....